Friday, March 14, 2008

berita kesihatan

 
TV skrin datar punca barah
 
London – Menurut saintis yang dipetik dari Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), pekerja di kilang yang mengeluarkan televisyen jenis skrin datar mungkin berdepan risiko kesihatan kerana boleh dijangkiti penyakit.  Laporan itu memberi contoh seorang lelaki berusia 30 tahun menghidap jangkitan paru-paru serius selepas terdedah kepada sejenis bahan besi yang digunakan pada skrin itu.
 
.
Virus SARS terus aktif dalam mayat
Toronto – Menurut satu penyelidikan yang disiarkan dalam Jurnal Penyakit Berjangkit, bedah siasat yang dilakukan terhadap 19 mangsa jangkitan Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) mendapati virus berkenaan masih aktif dalam jantung mereka.  Mereka yang mati akibat SARS masih mempunyai virus pada jantung sehingga 51 hari selepas jangkitan berlaku.
 
.
Akupuntur ringankan sakit lutut
 
Washington – Mengikut penyelidik Amerika, rawatan akupuntur boleh membantu meringankan sakit arthritis pada sendi lutut dan boleh meningkatkan keupayaan untuk berjalan.  Hasil ujian turut menunjukkan akupuntur boleh menjadi rawatan tambahan berkesan bagi penjagaan kesihatan pesakit sendi dan meningkatkan kualiti hidup pesakit lutut.
 
Masak makanan laut untuk tempoh lama
 
Butterworth, Pulau Pinang (Malaysia) – Penggemar makanan laut seperti kerang, kepah, kupang dan lokan dinegeri ini dinasihat mengambil beberapa langkah tertentu termasuk membeli ketika masih segar dan memasak dalam tempoh yang lama bagi memastikan makanan laut itu selamat dimakan.  Makanan laut itu tidak menjejaskan kesihatan manusia kerana bakteria berbahaya seperti E-Coli yang terdapat dalam hidupan kerang-kerangan akan mati sekiranya langkah berkenaan diambil.
 


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.

No comments: